Shout Box!

Shout

Vivie Otto a.k.a Wedzz

Share any things about my lifestyle, sweet memory and my feelings. All just for my beloved friends. See my Profile


About Me

Just ordinary gurl without superpower and born in Kelantan. Just simple lifestyle and happy go lucky... trying to be good muslimah.. well, now studying at MMU malacca.. that's all.. hehe


Social Web

  • RSS
  • Facebook
  • HOME
About

Yahoo! Messenger with Vivie

Chat!

Vivie Otto

a.k.a Wedzz

Assalamualaikum wbt... /hi

 HATI. Bila sebut tentang hati. Terbayang bentuk hati yang cute berbunga-bunga. /wuu comel la tu?
Tapi sebenarnya hati adalah organ pertama yang terbentuk dari segumpal darah, pastu jadilah sesuatu yang berdegup. Dan akhirnya, jadilah kita semua. Subhanallah.Dari segumpal darah. Kalau nak cerita macamana proses tu, Panjang la kita kena type. penat tau! Search kawan baik kita tu.. En, Google bergaya. Dia tahu. Xpun Kitab Serba tahu. AlQuran kalamullah. rujuk & tafsir lah. Ini nak pesan! jangan pandai-pandai tafsir ikut suka! Babap karang. Ada plak yang tafsir ikut nombor surah bagai.. haih! Pandai nau nau~~ -_-

Bila cerita pasal hati, hati kita ni banyak ruangnya. Hati kita ni jugak bahaya. Sebab hati kita lemah, sebab hati jugak kita kuat dan terus kuat, bergantunglah pada diri sendiri, pilihlah untuk terus lemah atau bangkit dari rasa lemah tu. Tapi fasa untuk bangkit tu tak mudah. Sebab ada makhluk yang tak pernah senang bila tengok kita nak mencari diri, nak keluar dari fasa lemah ke fasa KUAT! Makhluk ni ialah syaitan!



Ha, tu jangan terpedaya. Nampak je macam cute tu. Sebab, makhluk ni dah janji masa Nabi Adam a.s di cipta lagi. Dia takkan biarkan kita senang lenang...Dari awal lagi, Dia dah hasut Nabi Adam a.s dan Hawa suruh makan buah larangan di syurga.Licik makhluk laknatullah ni.  Nak ajak join masuk neraka sekali. So, hati kita, kalau lemah senang die nak hasut.

LEMAH.

"Terkadang datang bertamu rasa sedih di hati yang sangat berat untuk ditanggung..
Terkadang juga buat aku sekadar manusia biasa ini untuk berfikir, perlukah meneruskan perjalanan itu..
Perjalanan itu yang belum pasti, perjalanan jauh itu telah pun aku tempuhi, perjalanan yang membawa seribu erti kebahagiaan juga  beribu erti kepahitan, perjalanan itu yang tak mampu diselami rasanya oleh sesiapa kecuali Yang Maha Kuasa..
Kadang-kadang juga, rasa sedih di hati mendatangkan rasa putus asa..
Putus asa dalam segenap hal...
Namum..aku hanya mampu berdoa pada Yang Maha Kuasa..
Moga sentiasa memberi aku ketabahan dan kekuatan iman dan hati dalam memdepani hari muka..
Kerana aku hanya seorang insan biasa..
Kerana aku juga pernah merasa kecewa..
Kerana..aku punya hati dan perasaan..." 

Bila hati kita lemah, mula lah nak bertindak luar batasan iman. Terasa seperti tak ada benda yang positive, semua benda jadi negative. Dalam masa ni, Doa.Berdoalah untuk ditetapkan iman. Menulis, menasihati tak sama dengan yang mengalami.. 

Em, betul. kita boleh bagi nasihat tapi kita tak tahu sehingga kita alami sendiri
..

Tika saat ni, sokongan sekeliling amat perlu. Cari suasana baru. Kebiasaan yang baru.

Tapi, bila sekeliling tidak membantu? tersekat di satu tahap? tidak dapat mencari suasana baru? Allahu.. ;'(

***

KUAT



Mohon lah wahai hati, teruskan berdoa. Jangan terus sakit, kecewa. Mohon ditetapkan dan dikuatkan iman. 

“Orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana mengingat Tuhan. Ingatlah, bahwa dengan mengingat Tuhan itu, hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, mereka memperoleh untung baik dan tempat kembali yang utama.” 

[Ar-Ra’du ayat 28-29]

Ubatkanlah hati dengan doa, KalamNya. 


Ayat ni menunjukkan bahawa jika kita sentiasa mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenteram, akan tetapi sebaliknya akan berlaku jika iman kita lemah. Kita akan merasa resah gelisah dan tidak tenang. Ingat tak pepatah Melayu yang berbunyi ‘Ikut hati mati, ikut nafsu lesu’? Hati itu digambarkan sebagai satu perkara yang akan membawa kita ke arah kejahatan.  zaman sekarang, kita akan mudah terikut-ikut dan terpengaruh . Syaitan tidak akan putus-putus menggoda kita untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan perintah Allah SWT dan syaitan akan melakukannya melalui pelbagai jalan, jalan kejahatan mahupun jalan kebaikan. Syaitan akan bermain-main dengan nafsu kita, menimbulkan rasa was-was, ataupun membuat kita rasa riak dan ujub dengan kebaikan yang kita lakukan. /angry syaitanirroojiimmmm!!!!

NAFSU

En google kata maksud nafsu macam ni:- ( En Google bergaya suruh cari dekat Cik Wikipedia serbatahu)

Nafsu bermakna keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat. Judith Orloff, M.D mendiskripsikan nafsu sebagai kondisi kesadaran yang berubah diprogram oleh dorongan primal untuk berkembang biak. Imbasan MRI menggambarkan bahawa kawasan lampu yang menyala apabila penagih khayal kokain sama apabila seseorang itu mengalami nafsu yang kuat kerana tarikan fizikal.
Perkataan nafsu boleh digabungkan dengan perkataan lain bagi membawa erti yang lebih khusus, antaranya adalah:-
  • hawa nafsu, biasanya dikaitkan dengan dorongan hati yang kuat untuk melakukan perkara yang tidak baik. Adakalanya bermakna selera, jika dihubungkan dengan makanan.
  • Nafsu syahwat pula bererti keberahian atau keinginan/kecenderungan khusus dalam hal berkait dengan seksual.
  • Nafsu serakah pula bererti nafsu yang tidak ditahan, tanpa batasan dalam segala hal terutamanya dalam hal berkait dengan seksual.
Bila hati lemah, nafsu menguasai. no! no ! no! tak elok! /angry sebab tu lah terjadinya rasa dendam, benci sampai bunuh bagai.. tak takut ke? kite takuutt~~ /cold


Dah la, malas dah nak bebel. kita penat.

Tapi, hati. Kita je tahu apa hati kita nak dan rasa. Orang lain tak pernah tahu. Tak pernah. Hati kita jugak ada instinct yang kita tahu, benda tu betul. tak caya? tak caya sudah. Adios.

Jangan lukakan hati orang. sebab, kita tak tahu sedalam mana luka tu 'pergi'. Mungkin nampak remeh. Nampak simple tapi kita tak tahu.

"Heart is like a glass, be carefull they can break"
~**lots of amalin's love**~

/bye 




Assalamualaikum wbt. /hi



Perempuan vs permata dan kaca. 

Sifat semulajadi wanita,perempuan,gadis.. sukakan kecantikan, keindahan. Perhiasan.

Wanita juga perhiasan..Hiasan Dunia.

Ada perhiasan nampak mahal. Tapi itu cuma luaran. Dalamannya rapuh. fragile. ia cumalah kaca.

Indah dipandang. Cantik untuk perhiasan, Didalamnya KOSONG. hanyalah kaca.


Ada perhiasan nampak murah, siapa tahu nilainya mencecah juta-jutaan.lebih kukuh.

Cebisan batu bernilai.

Wanita, perempuan, gadis.

Seperti Kaca & Permata, ada yang seperti kaca. Ada juga seperti Permata.

Jika diberi pilihan, kaca atau permata?

semestinya Permata. 

Apalah nilai hiasan yang cantik jika dalamnya KOSONG?

Bagaimana pula, comot tapi didalamnya 'PENUH'?

***

Al kisah, Popi ke kedai perhiasan. Di dalamnya penuh perhiasan tiada niat untuk membeli hanya masuk melihat..Popi terkesima, indah sungguh indah. 

Dia leka..leka memilih. Terdapat satu perhiasan menarik hati Popi. Cantik. Berbentuk Ikan. Terpaut di hati. Popi mengambil keputusan untuk membelinya. Popi risau jika wangnya tidak mencukupi. Tak mungkin perhiasan secantik itu rendah nilainya...

Popi menjaga perhiasan itu sebaiknya. Hari-hari Popi ceria. Perhiasan itu membuatkan biliknya berseri. Popi letakkan perhiasan itu di jendela biliknya.Setiap pagi, 'Ikan'nya itu membiaskan warnanya ke ruang biliknya.. Popi tersenyum. Alangkah indahnya, tidak pernah Popi bayangkan untuk mendapatkan Perhiasan secantik ini dengan harga murah. Popi merasakan, Kedai itu tidak tahu menilai..

/wuu i love dolphin


Begitulah hari-hari Popi. Namun masa berlalu...Perhiasan itu kelihatan pudar sinarnya.. Popi termenung. Dulu, perhiasan ini digilap setiap hari sehingga, Warnan yang menghiasi ikan ini semakin hilang.. 

Rutin menggilap tetap Popi lakukan. Namun perasaan kagumnya tidam seperti dulu. Perhiasan itu kelihatan semakin lusuh. Terdapat retakan kecil. seluruh Ikan itu. 

Tiba satu masa, Ikan itu berderai. Pecah. Berderai. Begitu juga hati Popi.

/beaten

Popi tidak sanggup membuang cebisan kaca itu. Popi menyayanginya. Ketika itulah Popi tersedar, itu hanyalah Kaca. Hanya kaca. Dan kerana itu, nilainya tidak seperti permata.. 

Popi Ingin menggantikan Kaca itu dengan permata. Tiada guna bersedih untuk si Kaca.

Popi tidak mengunjungi kedai perhiasan itu lagi. Kali ini, Popi nekad untuk mendapatkan Permata yang tinggi nilainya.

Hasil usaha meng 'google', Popi mendapat maklumat tentang kawasan lombong permata. Tanpa berlengah. Popi menyiapkan peralatan untuk mencari permata tersebut.Harapan Popi, untuk mendapatkan permata yang lebih indah.

Namun minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Popi masih lagi tidak dapat menemui permata yang indah berkilau. dan indah. Popi tetap berusaha. Di dalam tempoh itu, Popi belajar tentang kesabaran. Popi tetap berusaha. 

Dan akhirnya, Setelah bertahun Popi melombong. Akhirnya Popi menemui 'Permata'. Namun Tidak seindah bayangannya. ianya batu hitam. buruk dan jelik.Popi tersedar. Rupanya permata  yang di cari tidak  wujud. itu hanyalah dongeng. Popi pulang dengan rasa kesal.Kesal yang menggunung. 

Popi mula sedar kesilapannya. Popi tidak lagi mencari permata. 

Popi hanya merenung batu hitam tersebut dengan rasa kesal. Popi melampiaskan marah dengan memukul batu hitam setiap hari..Tanpa disedari, batu hitam itu semakin lama semakin bersinar. Popi hairan. Kerana ingin tahu, PoPi memukul batu itu sehingga pecah dan terlihat PERMATA yang putih. Terkesima. Terdiam. Kesusahan, kekecewaan,berakhir dengan kebahagiaan yang tidak terucap.

***

Ironinya, itulah nilai Permata. Kaca hanya kan di buang setelah pecah. Permata, walaupun hanya cebisan. Nilainya tetap tinggi. 

Siapa yang mahukan kaca jika permata ada didepan mata?

bebelan ini kisan hati. Baca dengan hati.

wssalam.Vivie.hanyalah cebisan kaca.






   

















Popular Posts

Followers