Shout Box!

Shout

Vivie Otto a.k.a Wedzz

Share any things about my lifestyle, sweet memory and my feelings. All just for my beloved friends. See my Profile


About Me

Just ordinary gurl without superpower and born in Kelantan. Just simple lifestyle and happy go lucky... trying to be good muslimah.. well, now studying at MMU malacca.. that's all.. hehe


Social Web

  • RSS
  • Facebook
  • HOME
About

Yahoo! Messenger with Vivie

Chat!

Vivie Otto

a.k.a Wedzz

salam, dear lavvy.

Benarkan Vivie luahkan rasa hati.

rindu? siapa? insan istimewa kah? Post ini, untuk memberitahu tentang seseorang, terasa jauh dengannya. mengapa? ada kesalahan yang tidak dapat di maafkan? Ada dendam dimana-mana? ketahuilah kamu..Di hati ini, Tiada sekelumit marah atau dendam. Dulu, ya.. Vivie akui. Vivie Marah, Vivie geram. Tapi untuk sahabat..Untuk apa marah untuk masa yang lama? Hati dah jadi macam air terjun. Dengan rendah hati, Vivie telah alirkan rasa itu seperti air terjun. jatuhnya laju dan keras, tapi ia akan terus mengalir..

Sebenarnya Lavvy, seseorang ini merupakan 3 sekawan sebelum ini. mereka selalu berkongsi suka duka. Kami dipanggil kenit@ketot or 3 cuties sebenarnya../wuu.Tempoh perkenalan 3 cuties ni, tidak selama mana. tapi mungkin tautan hati itu kuat.Mereka selesa bersahabat. Suka duka mereka lalui bersama. Alhamdulillah.

Namun, mana2 ikatan persahabatan itu kadang2 ada turun naik. Ada ketegangan. Ikatan itu seperti longgar. 3 cuties ini seakan menjauh. mereka pilih jalan hidup masing-masing, which is good for them.Tapi, sekarang ni bukan zaman batu. teknologi boleh menghubungkan mereka,mereka boleh memilih untuk berhubung atau tidak. si kenit berdua memilih untuk berhubung dan bertanya khabar.

Tapi kesedihan menyelubungi hati si kenit yang selalu berhubung.Mereka rindukan kenit yang seorang lagi. Dimana beliau? Beliau yang kami kenali, memang suka berdikari. Tapi itu bukan penghalang untuk terus berdiam diri tanpa berita.  beliau mempunyai teman baru? ya, kami tahun.ini semua kerana teknologi.kami tahu itu. tahniah sahabat.Setiap kali ke kampus, Sikenit yang seorang ini mengintai si BUBU si putih beliau yang merupakan kenderaan beliau..

MOga kamu sihat selalu.

Adios.




~~**~~
~*sedikit coretan luahan hati Vivie*~
~**~



**Ukhuwah Fillah abadan abada



Assalamualaikum wbt... /hi

"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah."
  (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)

Manisnya persahabatan itu bila disulami dengan kasih sayang dan cinta kerana Allah swt. :) Demi Allah, Vivie sayang sahabat-sahabat Vivie. Walaupun tempoh perkenalan tidak lama, beberapa bulan cuma. Ikatan itu terasa erat.

Tahu tak? **takk!! Dalam gambar di atas tu, ada budak dua orang, dari Uni sebelah Uni Vivie **nipu je sebelah~ Macamana kenal budak dua orang ni? **tah jumpa depan rumah! /haha Eh! bukan~ Kenal budak 2 orang ni melalui lovely MAK CIK SITI! **argghhh streeess! shadap! /beaten Ouch!! Dia masuk menyewa rumah yang Vivie sewa. Bukan nak cerita Macamana diorang masuk rumah, tapi Vivie Nak cakap.. Dekat rumah tu lah episod perkenalan,percintaan,persahabatan per~per~pernilaian PMR? err **enuff la ketot! suka merapu .....huh!

Bulan berapa entah, Vivie lupa. Tapi 2-3 bulan lepas la.. Entah kenapa, Dengan mereka berdua ini..Vivie dapat rasa satu perasaan yang dah lama Vivie rindu.. **songsang ke apa budak ni? /shock Sibuklah! Vivie rindukan suasana berkawan rapat, sharing-caring, bersahabat. Pada mulanya, Vivie suka tengok Mereka berdua, Fida & Tikah  (bukan nama sebenar) **kih3 mereka saling menjaga dan saling faham. Fuhh!! Jeles juga. haha **senget kau ketot. That's why it's called friendship.. /wuu
 
Tak ambil masa yang lama, kitorang terus ngam! **gam? uhu eh? /XD Alhamdulillah.
Malas nak type panjang. Walaupun banyak benda nak bebel. **pergi la bebel sorang2...tak nak dengar /deaf ..lalala~


Vivie nak highlightkan
**ha, warna kuning lagi~ dekat sini, persahabatan itu tak perlu mengambil tempoh yang panjang untuk ianya terjalin, Cuma permulaan itu yang menentukannya.**salah tempat highlight ke? ayat yang panjang tu ha! Betul kan Tikah, Fida,Kak Dora(bukan nama sebenar)?
Uhibbukum fillah!


# Fida (bukan nama sebenar),
~>Boleh tahan nakal si Fida (bukan nama sebenar) ni.. **tambah-tambah bila ade yemi dia tu
~>Kucing sayang kau, Tapi kenapa kau takut dia? ** siap bagi aroma lagi.
~>Sorry, aku suka kelentongkan benda yang kau tak tahu. **sebab kau percaya semua ku cakap /wahaha
~>Terima kasih tau, kau sweet sebenarnya. **muahss~ /kiss

~>I'm glad to know you.

# Tikah (bukan nama sebenar)
=>Kau lagi sengal dari Fida(bukan nama senar lagi).
=>Kenal kau, buat aku jadi diri aku yang dulu.. **suka bercakap.sharing bagai..
=>lepas ni dah tak ada nak layan aku membebel sampai pagi. **damn miss it!
=>Terima kasih, pinjamkan sikit ruang persahabatan  untuk aku tau.
=>Aku still ingat masa kau salah pakai cermin mata aku masa mula-mula kau datang dulu. **entah..kenapa yang tu aku ingat sangat.lawak? entah.. /nobigdeal

# Kak Dora (lagi lah bukan nama sebenar)
->/hi
-> Mula-mula jumpa akak dulu dulu duluuuu **lama nau.. terfikir, akak ni garang kot **muka hensem ouh! garang la tu. /woah
-> Bila lama, rupanya akak ni peramah orangnya. **fuh! bila bersembang, seronok~ sampai masa tido, terus off switch! /lonely
-> Vivie doakan, Vivie dapat makan nasi minyak akak dulu sebelum Vivie rasa nasi minyak sendiri..AMINN! **Fida, Tikah! amin sama-sama tau! /happy
-> Ampun kak! Dora tu comel.macam akak! **lalalalaa~ /bye
-> Best jugak ada kakak..

Dear All,
Jika suatu hari, kita tak dapat lagi bersua muka, **social network kan ada. Titipkanlah Doa. Doa rabitah ini pengikat ukhuwah kita. yuk! Tadah tangan~!

>Tekan Sini,Baca sama-sama.
< /please

*Maksud doa*
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at-Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya"
 
**nah! /love


~**~
~*True friendship continues to grow, even over the longest distance. *~
~*Same goes for true love,*~
~*No different between them*~
~* sayang kalian kerana Allah*~
~*Aku tulis panjang-panjang korang baca tak?*~
~* **Tak apa~ belog aku, aku punya suka lah nak tulis panjang ke pendek /wahaha*~

~*lots of lavender's love*~
~**~













Popular Posts

Followers