Shout Box!

Shout

Vivie Otto a.k.a Wedzz

Share any things about my lifestyle, sweet memory and my feelings. All just for my beloved friends. See my Profile


About Me

Just ordinary gurl without superpower and born in Kelantan. Just simple lifestyle and happy go lucky... trying to be good muslimah.. well, now studying at MMU malacca.. that's all.. hehe


Social Web

  • RSS
  • Facebook
  • HOME
About

Yahoo! Messenger with Vivie

Chat!

Vivie Otto

a.k.a Wedzz

Salam dear lavvy..


Petang yang sangat bosan masa menaip ni. Hati berdebar semacam.Why? Someone hilang ke? sape? anak sape? **wat kalut,wat kalut X( ok..ok...fuh~ drama betol! heheh.. Weekend lepas..Vivie dah plan dari awal minggu lagi nak keluar. Beli buku okeh. Tapi bukan Buku Vivie  la..Kak Soleha punya...Vivie TEMAN je..
Kitorang pergi bertiga. dengan Aini. My new friend. yeah! suke3... /yahoo. xbanyak benda Vivie nak share kat sini. Gambar gatai ade la...usha jom...kalau sudi~:D

rasa nak lempang x?

new friend*Aini*

Kami Shopping

Jam Bulat yang smart (vivie punya) /wuu

kami punya tau! X)

tujuan utama beli buku akta(wane pink  berdiri)  /wahaha

Comel! Aini punya.Nanti Vivie Nak try masak ikut buku ni..mesti comel  /wuu
buah hati vivie.=_=!! kaulah racun kaulah penawar. see! keypad bawah dah lesap!
Oh handfon....Vivie tepuk sayang, Nak letak jauh-jauh rindu. bila disisi, haih! xterucap.No 5,2,4,6....Liat betol ko nak timbul...permata hati ku =_=!! /blur 
ngade~ lam kedai pon pakai payung. (**payung ni cantik)

**this is mine
hmm... tu je la gambar2 yang ada. Nak cerita banyak perut dah lapar /X)..

~~**~~
~~*lot's of lavender's love*~~
~~*risau pasal sesuatu*~~
~~**~~

salam, Dear Lavvy.

Life so hectic lately. lots of things happen.

Haih. Cakap Omputih pulak ai~ Nak amek mood menaip..macam-macam cara ler...huhu! Macam yang Vivie cakap, kelam kabut betol life Vivie kebelakangan ni. Vivie cuma nak keadilan. Xnak bergaduh atau betekak dengan sape-sape. Keras  kepala Vivie kali ni bersebab..**biasa pun keras kepala kan..ala! haih!

Cerita dia macam ni. Vivie mau pindah ke rumah baru. Memandangkan rumah yang Vivie duduk sekarang macam da x cool lagi dah. Makin Hot! huu...housemate2 lain dah ambil langkah awal sebelum masuk sem lagi. Vivie dah la balik lambat ke kampus. Masuk2 rumah~ wah tinggal berdua. Rumah dah ada. pindah je belum. Kira dah booking la rumah tu. cadangnya nak masuk pertengahan bulan 3. Tapi, dengan Vivie yang tinggal kelas seminggu. lecture dah masuk chapter 5 in week first! pergh! berat doh~ ternganga  /dead  nak cover balik.hold dulu benda lain. Study first. /nobigdeal . Midterm, Labtest, Quiz..dalam minggu yang sama...pergh~! /puke 

**camni lah rupa rumah kat Taman Dahlia..yang Kitorang sewa.. bukan yang ni. kami lagi bersih.:p

Pasal rumah, Vivie sangatlah kelam kabut.serabut sume ade. /argh Sebab kami yang terakhir dalam rumah tu..kena pastikan semua bil, condition ok. Tuan Rumah 50/50 nak bagi deposit ke tak. haih! ok. Vivie mintak dia Burnkan deposit. Xmintak. BUT! Rumah Baru pulak push suruh bayar bulan yang kitorang xduduk. is it fair? Sebab Kami letak barang ke? Barang tu kami letak baru 2,3 hari lepas. Dah kene bayar 4 the whole month? Ter 'detail' la pulak cite die...Vivie dah tatau nak contrrol otak dan hati dah kot....**pelik jer... :-o


Abah cakap, cari rumah lain. Yeah i found it! Tapi, Difikirkan kawan Vivie ni ha... takkan nak biar die duduk situ jer ngan diorang..? Kata kak Soleha, Fikirkan diri sendiri.. 4 my own good. 4 my future....Sanggup ke Vivie? Tapi Vivie dah sakit kepala nak fikir dah. Segala macam sakit kepala datang jenguk~ fikir je sakit kepala. xfikir karang...xboleh! Nak settle cepat.

Dalam kekalutan segala..Vivie diuji lagi~Astaghfirullah...! Suatu petang, hajat dihati nak temankan kak Soleha ke JJ. Sepanjang Hari itu, mood Vivie memang system down.:p **sorry sis! Tunggu bas kemaen SEKEJAP..Tetiba hari semakin gelap...HUJAN! /cold batalkan niat. Pergi atm machine, nak keluarkan duit memandangkan ekonomi makin sengkek! ada 3 hengget lam beg! nasib baik x pergi JJ. :D 


Sesampai depan atm. TARAA! kad atm xde! /hah sudah! /lonely 

MAGGY untuk malam itu. Terpaksa telan walaupun berat!


Esoknya, Baru lah buat bankcard baru. fuh!! nasi2~~ /thumb !!

Alhamdulillah

~*Whatever Happens, Happens for a reason.*~
~*Terlalu sukar bila pendam.Menulis, Makes me relief*~
~*Cuba Selesaikan Sesuatu yang belum Selesai*~
~*Rabbi Yasser, Wala Tu 'Asser*~

salam,

Dear lavvy..:D

fuh minggu yang sangat penat /swt...xsempat nak update belog tercinta ni ha~ Post sebelum ni vivie ada cakap ada majlis kat rumah vivie kan~ /wuu... alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun hujan 3 hari berturut-turut sbelum tu...banjir la kejap...risau jugak. Bukan ape..bayangkanlah...semua yang datang majlis tu nanti kene redah air banjir...hehe. mitos orang tua dulu-dulu...kalau makan budu buat kuah, kawin dalam perahu.:p sekadar kepercayaan. tapi alhamdulillah, wedding abang tercinta berjalan lancar. hujan xlebat sangat. Hujan manja-manja je.:p Tapi Cik Semut redah hujan jugak la. Setelah train anak-anak  buah kenit sambut pengantin.fuh berjaya walaupun agak kelam kabut.../happy. hehe..Vivie gatai menumpang make up. credit to my beloved sis in law! Kak long :D make up simple ja..natural /wuu. merasa okeh!

lepas makan beradab en dan puan pengantin, posing lah apa lagi~ hik3 :')

Dalam best-best ambil gambar pose segala...nama vivie diseru~~ kemas baju! kejap lagi ikut bas balik melaka! **argh! xmo2!... /floor xnak balik! liat sungguh nak kemas baju...isk! /sad nak xnak, vivie kemas la jugak. big boss sudah bising. /argh  xrela-xrela! **sabar je lah.

Bas MMU dah sampai. Vivie tambah xtenteram. /arg haih! sesampai jer kaum kerabat MMU..Silalah cekik!! hehe.. bergambar la ape la~ maklumlah~ abang n kakak ipar ni. agak dikenali di MMU. Erm...Rasanya ramai kenal kami 4 beradik. Generasi MMU. Dari Angah hinggalah adik bongsu.. /lala poyo jer~:D

Ok, Times up. Tiba masa untuk pulang ke Melaka. En dan Pn pengantin nak bergambar kat bas MMU. Berkumpullah kami 4 generasi MMU. Bergambar bersama depan bas.:D hehehehe...:p

Tata..Kelantan.I'm going... /sad .Perjalanan yang sangat penat. 8 jam.  /erk . sangat penat. Sesampai kat Melaka 8 pagi esoknya. Kelas pukul 10 pagi.Ya Allah /omg  penat yang amat. Tapi dikuatkan diri ke kelas.Sudah seminggu cuti extra. Dah xboleh ponteng okeyh~ /wuu . Kelas mode. Tapi sangat la bluur  /blur
 dah chapter 5 diorang habes~ /wth . kene cover sendiri.Argh! penat..xboleh fokus! penat3!!

*MMU*

Vivie Kene pindah rumah!! adeh /dissapointed . Kelam kabut nak pindah. Rumah bersepah. Exam 25/3 ni Lab test~!!!  /argh Tulun! try to relax. I'm cool ok /wahaha . I can face it! huh! agak kelam kabut! Sekarang, nak fokus study punya pasal. menumpang hostel kejap. study lorh. Giler fokus! thanks dear sis Solehah! bagi tumpang kejap. huhu! /huhu .

~~*Baru lepas kemas rumah lama.*~~
~~*lot's of lavender's love*~~
~~*Best dapat ahli baru serikan family *Puan Semut**~~
~~*Sakit-sakit badan kemas barang /woah*~~

salam dear lavvy.


lama sudah x update belog ni..agak busy. xsempat hidup kucau bilau sikit. dengan masalah rumah.pindah bagai...xsettle lagi hal itu...relax2...xnak kalut karang lagi serabut. short post. terjumpa gambar-gambar ni~ heheh. gambar perasan..tengok ler..kalau sudi...:D /wuu

suatu ketika dulu...post morterm BICC. pose! /happy

Aizat turun melaka~ one day spent time 2gether...

action sudah~

cekik2~ makanan dah habes~

peace n  war

spent time with luvly bestfriend~ itepppp!

mitc bowling

bff~ with aizat

aizat muka bangga~


~~*lot's of lavender's love*~~
~~*nanti vivie update cerita terbaru*~~
~*macam ramai jer follower*~



Macam yg vivie request.. ni template baru vivie.. rasanya ni lg ok dari yg dulu kot.. minnat Hatsune Miku kan?. haa! bagus ler.. dalam template baru ni ada bnyk benda surprise tuk follower vivie.. termasuk emoticon dari Yahoo! Messenger ha! complete set lg tau! emoticon cover area post entry and comment (side bar tepi tu pun bole gak kalo nk letak) . So emoticon YM ada 86 tak termasuk 77 jenis hidden emoticon tau..

hehe.. suke la tu.. ok sume.. have a nice day~ /bye


wee~ Sae on holiday mode~ hahaha.. /happy


Salam Luvly Lavvy..(^_^).v


Sem baru dah mula~ Vivie jer yang xmula langkah lagi ni. Maklumlah...ada cuti extra. Hehe..Terima kasih kepada sesiapa berkenaan kerana create cuti ini.Alhamdulillah, lama sikit Vivie honeymoon di Kelantan. Lalala...Bahagia betul~! (^_^) 

muka bahagia.
Tajuk macam gempak kan~ hehe...Cik Semut, sabar ye. Xlama lagi dah tukar title.Wuu. perasaan anda ketika ini...fuh! Vivie xdapat bayangkan.Hik3..**bila Vivie dah menggatai~ shh! ok2...Wish all the best to both of you..


Xsabar menunggu kepulangan sikenit-sikenit dari KL  n Perak. Nak bagi latihan ni...Jadi pom2 gurl pada hari kejadian. 


Memandangkan sem baru dah start, and Vivie amek subjek sem ni~ semalam bertungkus-lumus lah mengarang ayat-ayat cinta untuk lecturer.Fuh! sbelum balik Melaka kena la bukak nota-nota dulu..karang xpasal-pasal ternganga dalam kelas.Huhu. 


Malas la nak bebel banyak-banyak.Btw,agak kepenatan hari sebenarnya. Nak kata jalan jauh, xde lah sangat.Tapi kepenatan yang Vivie rasa pergh~semput.Pergi mana lah sangat..cari tudung, p kedai kek~ Tapi...sakit belakang! balik umah trus lembik~~ Tapi xpe~...asal happy! wuhuhu~~ketika ini, persiapan on progress~ wuu excited nak tgk siap t~


tata! blog tergantung yer~nak tgk ornag wat psg2...6t vivie bebel lagi.


~~*salam sayang*~~
~*lot's of lavender's love*~
~*waiting for new family members*~
~~*waiting 4 tiramisu..wuhu!*~~
v.(^_^).v

Assalamualaikum,

Dear lavvy sayang,


Entry kali ni, Vivie tujukan tuk sahabat-sahabat Vivie~ (^_^)  ntah korang baca tak ek? bila di ingat balik zaman dulu-dulu..rasa sweet kan...dari kita start kenal~ berkawan.. bergadoh..perjalanan persahabatan tu...Indah kan? Mula-mula kenal muka suci jer...macam baik je...aduh! baik betol.'Saya', 'awak'...segala...Tapi, bila dah lama kenal...mula rapat...x ada lagi 'saya', 'awak'....yang ada, 'aku', 'kau' hehehe....tapi lebih selesa begitu. 'aku', 'kau' buatkan kita lebih rapat. Mungkin tu bagi Vivie. Vivie lebih selesa camtu ngan kawan-kawan, sahabat. Vivie start kenal erti bersahabat ni, dari form 1..Itu permulaan Vivie kenal apa itu bersahabat. Kawan memang ramai. tapi Sahabat,teman susah nak jumpa. umur itu mungkin xmatang tuk menilai persahabatn. Kini, persahabatan yang Vivie pegang teramat bernilai. Bersulamkan keikhlasan.Itu Kuncinya .


    Seorang sahabat, amat memahami diri kita lebih dari yang lain.Itu Vivie pasti.Mungkin ada segelintir lebih selesa bersama sahabat mereka dari bersama Ibubapa mereka.Tidak boleh begitu, walau apa pun, IbuBapa ialah sahabat kita yang terawal..Mereka cukup faham diri kita.Mungkin kita tak merasa.Kita selesa dengan sahabat kerana apa? Mereka faham 'jiwa' remaja kita? Ingatlah,Ibu Bapa paling penting. Jangan jadikan sahabat penyebab kita lukai hati IbuBapa kita.Selalu terjadi kan? Ya, Selalu..


Dear Lavvy,
   Suatu petang, tergerak hati Vivie untuk berbual dengan seorang sahabat yang jauh dimata.Di hati, InsyaAllah dekat selalu. Terasa cepat masa berlalu, mengimbau kenangan bersama.Ketahuilah sahabat, Engkau yang terbaik! Sahabat terbaik.Entry ini Untukmu. Nik Ahmad Syahmie. Kau sahabat aku dunia akhirat.InsyaAllah. Teringat memori bersama. Kau cukup memahami.Bermulanya persahabatan ini, Dari hari Vivie melangkang ke tingkatan 1. 1001 kenangan kita cipta dari tempoh itu hingga kini.

Dear Syahmie(Aku pau kat fb. jangan lupa post dolphin ye...:D)

Jarak bukan penghalang. Jauh mana kau di mata, tetap diingatan.Cepat-cepat lah balik Malaysia. Jangan balik ngan rambut serabai.Nanti aku  pinjam buat mop lantai!

  Juga untuk sahabat yang sentiasa memahami apa jua Vivie rasa, Rabiatul Adawiyah, Wan Nur Shuhaada, Nur Farah Syifa'a.kamu sahabat terbaik. Entry ini Juga untuk kamu. Love u always.

Aada (Jauh xbermakna hilang)

Kamu sahabat terbaik.Apa terjadi sekali pun.Ko tetap memahami.Butterfly and dolphin will friend till the end.
Ruby (dimana pun kita..kita tetap bestfriend)

Together forever, itu yang kita selalu ikrarkan. Walau sekejap cuma kita dalam kelas yang sama, tapi ikatan dari hati membuatkan kau sahabat terbaik dalam apa jua.mana kau pergi, kita tetap menatap bulan yang sama.gambatte!
Syifa'a (friends till the end)

Gila-gila sikapmu,ceria watak diri...kau cukup faham dan melayan kerenah aku..hehe. Maaf aku selalu buat kau kecik hati.


En.Radzi (keikhlasan, penting dalam bersahabat)

Encik ini, baru kenal sudah gila-gila.Alhamdulillah.banyak aku belajar dari kau.Terima kasih being my friend! shh!! aku still terkejut! hahahah.tapi ko memang gila. Semua tahu.Jangan Perasan Hensem sangat ye.(^_^)

will try my best for it!
   Tidak dilupa sahabat-sahabat Vivie yang lain. Tidak mampu untuk menyebut semuanya.Memori dalam bersahabat, berkawan tiada ganti. Terima kasih! Sebab terima Vivie sebagai kawan, sahabat dan  teman. Memory itu, saat itu. Vivie xlupa.kamu sahabatku! 

Lagu untuk kamu~

**pause la dulu lagu kat Lavvy tu ha...kat tepi-->

~~*Friends Until the end*~~
~~*Mengimbau memory kini dan semalam*~~
~~*lots of lavender's love*~~

A'ssalam....



    Ketika jari jemari menaip bait-bait perkataan ini, hati Vivie terasa perit, pahit, sedih. Kenapa? kesal, Bila mendengar kisah hamba Allah ini. Sebesar mana sangatlah diri kita kalau dibandingkan dengan orang tua kita? Tinggi sangatkah pangkat yang dipegang? bangga sangat? Apa nak dibanggakan jika hati Orang tua kita terguris duhai anak? Tinggi ilmu agama, besar pangat dan rumah,keluarga bahagia. Jika itu yang kita ada..kerana siapa? Diri sendiri? Ya~ Diri sendiri yang capai.tapi bolehkah dicapai jika tiada sokongan dari Orang tua kita? Tanpa sokongan moral, kewangan, kita tidak kemana...Orang tua kita tidak minta apa pun, kecuali perhatian,ingatan, kasih-sayang dari kamu duhai anak..Cuma itu! tidak meminta harta yang kamu ada..perhatian!Cuma itu. Tahukah kamu duhai anak, Orang tua mu sangat bahagia apabila, mendapat walau RM 10 dari kamu, walhal dalam dompet usangnya ada lebih dari itu.Kenapa? Kerana perhatian dan ingatan darimu..! Jangan kerana harta, orang tuamu dilupa. Apalah sangat, hendak dibandingkan dengan harta kita dan jasa mereka? besar..tidak terbalas.Setitis air mata mereka jatuh kebumi...Allahurabbi! BesarY dosa kita...Ampunilah Ya Allah.Ampunilah! kata-kata mereka ibarat doa.jangan dilukai hati mereka.Ingatlah mereka.Sayangi mereka.

untukmu~


"Ya Allah,rendahkanlah suaraku dari mereka,
perindahkanlah ucapanku untuk mereka,

Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan lembutkanlah hatiku untuk mereka.

Ya Allah, berikanlah mereka balasan yang sebai-baiknya atas didikan mereka padaku dan pahala yang besat atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka sebagaimana mereka  memeliharaku.

Ya Allah,apa saja gangguan yang telah mereka rasakan, atau kesukaran yang mereka derita kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab gugurnya dosa-dosa mereka,
Meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenankanpMu Ya Allah
sebab hanya engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah, bila maghfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika maghfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku,maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,serta Anugerah yang tak berakhir 
da Engkaulah Yang Maha Pengasih.

Amin Ya Rabb.."


Walau apapun terjadi, siapa pun kita..Ingat dari mana kita datang..Hanya padanya kita memohon..pintalah petunjuk, kesejahteraan dalam hidup..Wssalam. tiada kata-kata.

~~*Sejuta Cinta Dari Vivie*~~
Lot's of Tears
~~*Perkongsian untuk dijadikan iktibar diri dan semua*~~


Popular Posts

Followers