Shout Box!

Shout

Vivie Otto a.k.a Wedzz

Share any things about my lifestyle, sweet memory and my feelings. All just for my beloved friends. See my Profile


About Me

Just ordinary gurl without superpower and born in Kelantan. Just simple lifestyle and happy go lucky... trying to be good muslimah.. well, now studying at MMU malacca.. that's all.. hehe


Social Web

  • RSS
  • Facebook
  • HOME
About

Yahoo! Messenger with Vivie

Chat!

Vivie Otto

a.k.a Wedzz

Assalamualaikum.






Setelah meneliti keputusan, memikirkan pro n cons setiap sesuatu. Rasanya. Diri Vivie cukup bersedia untuk hadapi apa yang bakal jadi,akan terjadi dan sedang terjadi. Betul kata orang, setiap sesuatu memerlukan pengorbanan. YESS!! absolutely true. Sekuat mana pun kita, kadangkala kita juga bisa tewas.Tewas dengan dugaan. Tewas dengan diri sendiri.

Pada Vivie, Kekuatan Vivie terletak ketika Vivie ingin lakukan sesuatu. Dan Vivie adalah seorang yang memerlukan supporter.Mungkinkan 'supporter' itu ada pada setiap masa? sentiasa memberi perangsang? Untuk sesetengah keadaan, ya! Tapi tidak selalu.**terlalu bergantung. Usah begitu. Ia memakan diri. Benar? **Ya. Harus seketika, cuba untuk  bergerak sendiri tanpa ada 'supporter'.Untuk pertama kali mungkin berjaya. kemudian? **jangan mengeluh.

Jika dulu,setiap yang Vivie lakukan ada yang memberi kata semangat..

Kini, cuba untuk bersendiri.

Jika dulu, Vivie ada bahu untuk meluahkan rasa..
Kini, Belajar Untuk kuat./sad

Jika dulu, Vivie ada teman untuk bergelak tawa..
Kini, merindui saat itu../please

Jika dulu, Vivie gembira bagai tiada masalah..

Kini, hanya mampu tersenyum.healing.:)

when i say i need u friend.. i really mean it and i'm not lying.missing.



Belajar bersendiri..

Maaf untuk terlalu lemah.Pulihkan keadaan.Try to adapt.


~~**~~
~*Even it's hurt, pretend like nothing happen*~
~*sorry for emo post*~
~*missing*~




Salam.

Post xpanjang. wah! result da nak kua weyh! esok! ESOK! /omg2. haih! xdapat kata ape~ takut. tp maca dah dapat agak. BERSERAH!

Post kali ni sebenar-benarnya. nak bebel.Tahu x, kenapa....kadang-kadang kan..kita cepat sangat tersentuh. Kadang-kadang benda tu, xde lah macam sedih sangat biasa je..Boleh pulak la kan. meleleh~ pe kes?/swt

Dari kata-kata seseorang.Dah tahu, tu cuma gurauan, tapi kenapa nak touching lebih? meleleh~lagi **lempang je..nampak je hardcore, hati cam jeli. heh!

Hati macam jeli? sedap jugak kan makan. yang honey dew pergh! jum usha sikit~

sedap weh!

Makan time sejuk ni.. aduh! tergoda perut. terasa di tekak!

Off topic. Asal la kan...

ok.enuff sayang.



~**~
~*Baru balik Kua makan ngan parent n adik+amir hamzah(dak cyber)*~<--**perlu cakap? blog sape? heh~
~*Awesome dinner*~
~*healing*~
~**~




Salam..


Fuh..lama xupdate kan.Lama juga xbercerita.MMU 2 years.. will leaving it soon. Sem ni.. mereng pon boleh tahan. **Vivie jer. /haih ok! fine.. Vivie jer. Tunggang langgang betul dengan emosi senget jer...**bukan memang dah senget ke? /wahaha .


Huh! memandangkan sahabat Vivie, cik Buntal tu~~/wahaha! **jangan marah weh~ Dia cuti 2 bulan. Kitorang budak mmu, akan start cuti.cik Buntal pon nak start cuti jugak, Kitorang selaku persatuan budak-budak MMU bersetuju dengan ajakan cik Buntal untuk keluar. Bila?? **gila plan! Keluar sehari sebelum final paper.menyetan betul.Nasib baik dah cover tuk paper esoknye tu..
Vivie ingat keluar makan-makan n trus balik. ouh! tidak rupanya. Selaku setiausaha persatuan budak MMU ni,menyuarakan pendapat berbentuk arahan. JUM LEPAK DI MBMB!! pang!! /shock aah sudah! Vivie ingatkan..exam weh esok weh! hati mula xtenang~/haih! Buat Muka cool itu wajib! Ok...Rasa penat dan lapar menaip. Biar gambar berbicara...


**sengih makanan depan mata(cik Lee n cikRaby a.k.a buntal)
:p
**underneath lampu biru~







**nak balik! nak balik!

**makanan! (CikAini,Cik Azu, Cik Vivie)
comey kan kami? 

**sepak lah kalau nak

**amik gambar amik gambar


**Sahabat Fidh Duniya wal 'Akhirat!
mengenitkan diri




~**~
Dear Friend,
~*Don't ever be afraid to come to me & cry* ~
~*Don't ever hesitate to come to me*~ 
~*Don't ever be afraid to tell me how you feel* ~
~*Remeber your are my bestfriend, & we gotta keep it real*~
~**~ 
























Salam~



All good is from Allah. If I am smart, it is because Allah made me smart. If I am beautiful, it is because Allah made me beautiful. If I am nice, it is because Allah put the mercy in me to have mercy on someone else. If I am good, it is becauseAllah guided me and saved me when I was on the edge of the fire. If I am capable of anything or everything, it is because Allah, Lord of the Worlds, My Provider, My Sustainerput that capability in me. Everything is from Allah.
Alhamdulillah ya Rabbal A’lameen.
~~**~~                                                                 
~~*Rabbi Yasser walatu' Asser*~~
~*Final Mode*~
~*Lot's of lavenders Love*~
~**~

salam,


Vivie exam esok pagi.Lavvy, Vivie nak gitau..xsesuai untuk vivie meluahkan semua yg vivie rasa kat sini.cuma, maaf. Vivie xdapat tahan rasa ni. Vivie nak luahkan? pada siapa? kawan? siapa? baru terasa, you are alone! ada tapi jauh! jika ada di sini, tapi mgkin sudah muak dengan cerita vivie~mungkin. usah selalu mengeluh. 




kebelakangan ni, hati vivie, perasaan vivie peka dengan perubahan orang sekeliling. Salah apa Vivie lakukan? silap kata? perbuatan? atau keduanya? cepat sungguh hati vivie terasa..kenapa? 





baik diam dari berkata-kata? 


~**~
~*lot's of  lavender's love*~
~*kalaulah lavvy boleh berkata-kata*~
~***kawan? jeles*~
~**~

salam,


Dari tajuk, dah tahu kan...nak taip ikut suka lah ni~Otak ase berat berkilo2...leks jap tulis blog. nak cerita panjang takut buang masa.**walaupun tengah buang masa ni..:p

Tapi ,sempat jugak tukar lagu belog. Perasan x sume pasal lep :x /wahaha xde ape~ suka2 jer.. mereng bila final mari~/stress

tgh inlep dengan notes~:X /sob2 **huh! korang ape tau~

~**~
~*seteress x?*~
~*lot's of exam stress*~
~**~

Salam  /hi


Dear Lavvy,


Post ini juga Untuk Sahabat Vivie. Sahabat ini Vivie kenal dari tingkatan 4. Bermulanya persahabatan kami, Di dorm 2d3, Sek Men Teknik Pasir Mas.Dia sweet orangnya, Lembut selembut raut wajah empunya Diri. perwatakanY gila-gila seperti Vivie juga~ /wahaha


Kami banyak persamaan, tidak diluaran. **hahah! Vivie ketot! huh! Mungkin dalaman kami, maksud Vivie,Hati kami, dapat merasa kesedihan satu sama lain. Unik bukan? Vivie pun pelik...Tp Alhamdulillah. Itu satu kelebiihan yang Vivie sangat Hargai.


Kami Sahabat!
Dia,
Wan Nur Shuhada-->cengeng budaknya, gila-gila..oh itu biasa!,sweet! yes..kamu sweet.  
                      psst--> Vivie tak boleh berhenti bila bercerita dengan budak ni sorang.
                            -->RIndu budak ni A LOT!
                           --> Need a shoulder? Yes! i'm here 4 you.(song for you)
                            --> need story teller? Yes! I'm here to 'merepek' 4 you...


~**~
~*Niat nak tulis panjang, nak smbung buat Assigment*~ 
~*Be strong*~
~*Be superWoman*~
~*btw, i'm CUTE*~/shy
~**~

Salam /hi


**hanya Kami,Ikrar kami..together forever!

Post Kali ni sekali lagi untuk sahabat saya, Rabiatul 'Adawiyah. Happy Bithday BOOLAT! /wahaha

Kau,
Tinggi mengalahkan aku.
Kau gelak, Aku surrender babe!
Kau senyum, aku rasa nak lempang./wahaha
Tapi, Aku suka betekak dengan kau.:p

Tahu tak,
aku rindu tahap cipan mati kat kau.
Rindu nak pillow talk macam dulu-dulu.
rindu lepak & berbual sama-sama./shy

Tahu tak lagi,
Kau cakap kat sana,kau kau ada budak sama macam aku,
peh~ aku sesorang gak weh!
layan mereng sorang-sorang.
Gila aku, gila sorang-sorang jugak!! /pompom

Tapi kau nak tahu,
Kau sahabat aku..:)
Itu Fakta Weh!
AKu RINDU kau,/blush
Itu pun Fakta jugak!

Selalu,
Aku wish besday Sopan.
Kali ni, Sorry to say, 
Aku Ngutuk jer.

LAst! 
Dangggg!! I miss u a LOT!! /kiss

~**~
~*again! Vivie Post untuk dak BOOLAT ni/wahaha*~
~*Nyemak kat blog Vivie kan?*~
~*HB.<--ni baru ucapan sebenar.*~



Salam

Suatu Hari,hari ini... dengan tiba-tiba Allah SWT menentukan turunnya bala, ujian ke atas diri atau keluarga kita. **itu teguran direct darinya..


"Hati kita bagaimana, sahabat-sahabat? Adakah kita mencari dan bertanya, apakah salah dan dosa yang kita lakukan?"


Mengapa susah untuk mententeramkan hati dengan beprasangka baik kepada Allah SWT?

Kita Berusaha memujuk diri dengan satu kefahaman bala dan ujian itu akan Allah SWT balas dengan sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang meninpa dan hilang dari tangan kita.


Allah sentiasa Memilih Yang Terbaik Untuk Kita

Sedarkah kita Sahabiah sekalian, Allah SWT sentiasa memilih yang terbaik untuk diri kita.Layakkah kita untuk mendahului Allah SWT dalam setiap pilihanNya?


Manusia berkata dalam hati:-
"Alangkah eloknya jika begitu dan begini..."
Sahabat Yang dikasihi, adakah manusia itu mengetahui seperti mana Allah SWT mengetahui?
Sehelai daun gugur di serata bumi ini pun tidak akan gugur kecuali dengan pengetauanNya.Alangkah naif manusia jika ia merasa dirinya lebih tahu apa yang terbaik untuk dipilih.


KEPENTINGAN DIRI DAN EGO MEMBUAT KITA PUTUS ASA 


Saidina Umar bin al-Khattab, pernah berputus asa ketika kemenangan Islam tidak muncul. Pada hal di sisi beliau ada Rasulullah SAW . Perasaan putus asa Umar ini jauh lebih bernilai daripada rasa putus asa kita yang kehilangan dunia, anak atau isteri. Perasaan putus asa Umar adalah mewakili Islam dan kesetiaannya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Manakala perasaan putus asa kita mewakili kepentingan dan ego dalam diri sendiri.

 Umar meratap sedih:


 “Wahai Rasulullah bukankah kamu utusan Allah? Bukankah Agama ini benar?

Rasulullah menguatkan semangat sahabatnya: 

Sesungguhnya aku adalah seorang hamba Allah dan sudah tentu Dia tidak akan membinasakan diriku"
(Sirah Nabawiyah oleh Dr Mustafa al-Sibaie

Kata-kata keramat Baginda ini sudah selayaknya menghiasi hati orang mukmin yang bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT. Jika kita mahu menelusuri selok-belok kehidupan ini, ujian dan cabaran itu sebenarnya membuat anda menjadi lebih kebal. Tidak mudah goyah dan mampu melompat lebih tinggi.



ALLAH MENGUJI SIAPAKAH YANG PALING BAIK IMANNYA 

Orang yang memenangi pertarungan itu sebenarnya bukan yang kuat tetapi yang paling mampu menahan sakit. Lihatlah mereka yang berjaya. Di atas kesakitan itu mereka membina kekuatan, rela tidak tidur untuk kerja yang perlu diselesaikan. Mereka yang berjaya begitu disiplin dan menghargai kesakitan yang diderita. Allah SWT menguji siapakah yang paling baik imannya dan paling reda dengan qada dan qadar-Nya.

Dr Yusuf Al-Qaradawi, dalam kitabnya Al-Iman wal Hayah menyatakan :

Tidak mungkin manusia dapat menghindarkan diri daripada pelbagai kesulitan, begitulah 

kenyataan hidup, ramai yang bersua dengan kegagalan, ditinggalkan kekasih, penyakit menyerang tubuh, kehilangan harta benda dan seterusnya."

Kemudian beliau mengambil hadis Rasulullah bermaksud: 

Perumpamaan orang beriman yang ditimpa ujian bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilang karat dan tinggal yang baiknya saja.”


Beliau juga meminjam kata-kata seorang ulama:

Setiap kali aku ditimpa ujian duniawi, terbayang olehku tiga kurniaan Tuhan. Yang pertama, cubaan itu tidak menjejaskan agamaku. Yang kedua, aku tidak ditimpa bahaya yang lebih besar dari itu. Yang ketiga, aku mendapat pahala dari Allah SWT kerananya.



TUMBUHNYA JIWA HAMBA 

Betapa indahnya ungkapan semangat yang mencerminkan kekerasan hati orang beriman. Seperti mana kata-kata Saidina Urwah bin al-Zubair saat menghadapi sakit sehingga anggota badannya diamputasi dan kematian anak lelakinya:

Ya Allah, di atas kesedihan ini hamba memuji-Mu, Engkau memberiku tujuh orang anak, lalu Engkau mengambilnya satu. Aku tidak menyesal, bukankah Engkau tinggalkan untukku enam orang lagi? Kaki dan tanganku semuanya empat dan Engkau hanya ambil satu saja daripada mereka. Bukankah ada tiga lagi yang sepatutnya aku syukuri? Kalau Engkau yang mengambil maka Engkau juga yang memberi. Kalau Engkau yang menurunkan bala, sesungguhnya Engkau juga yang menyelamatkan.” 

Firman Allah SWT: 


Katakanlah wahai Muhammad: Mahukah Kami khabar kepadamu orang yang amat merugi perbuatannya? Iaitu orang sesat perbuatannya sewaktu hidup di dunia sedangkan mereka mengira perbuatannya itu adalah kebaikan.
 (Surah Al-Kahfi: 103-104). 

Manusia merancang, Allah menentukan. Jika seorang bapa kehilangan anaknya nescaya Allah membalas dengan Baitul Hamdi (sebuah istana khusus di syurga) kerana kesabarannya.

Bagaimana pula orang yang cekal di atas bala lebih teruk daripada itu? Balaslah ujian Allah SWTdengan lafaz pujian dan syukur kepada-Nya, kerana ia tanda kasih sayang Allah SWT keatas diri kita. 


~**~
perkongsian & Peringatan Untuk Diri dan sahabiah
Ujian ini adalah teguran Direct dariY.
Lot's of lavender's love
Gastric is killing me /no
Sumber dipercayai
~**~

Salam, 




It happen again! **apa die si kenit ni? perasaan tu..perasaan yang sangat menakutkan. Rasa tu, suasana tu..Kenapa? Dari dulu, Vivie selalu alami. Rasa KETAKUTAN yang amat. sebab? Vivie pun masih mencari. kenapa rasa macam tu? SelaluNya, perasaan tu datang tiba-tiba. Masa tidur, sebelum tidur.Tapi hanya bila malam. Bila jadi macam tu, Vivie rasa macam nak hug someone dan menangis sepenuh hati. Dulu, masa kecil, bila rasa ini datang, Vivie akan terus ke bilik umi.Peluk umi.Satu-satunya cara Vivie hilangkan rasa tu.Vivie akan Minta umi peluk sekuat yang boleh..  :( 


Bila masuk Secondary,
Bila rasa ini Datang lagi, Vivie menangis. Menangis sekuat hati...Kenapa? Lama soalan ni Vivie Tanya pada diri. Kenapa ada rasa takut macamni??Sampai satu ketika, Vivie kawal rasa tu...Solat. Ketenangan tu Datang....Namun, Vivie akan lemah untuk sepanjang hari esokNya. Mungkin minda penat agakY.Mood akan effect sama..


Bila jauh dari family,
Agak lama rasanya.Perasaan xdtg. Sekali dua.Bila perasaan itu datang, Vivie seboleh-boleh cuba lupakan. Solat, buat kerja lain..apa-apa saja benda asalkan xtidur. /sob2


Semalam,
Perasaan tu, macam lagi kuat. Vivie jadi lemah,takut...Allah! Cuba untuk bangkit, untuk ambil wudhu'...Vivie xdapat..:'( **i cried hardly..kenapa? mimpi ke? tu je soalan Vivie..dan sangat berharap semua ni mimpi... hampir waktu sahur, baru Vivie dapat lelap. hanya sekejap..Penat. sangat penat.kenapa? apa rasa ni??


Dulu,
Pernah 2 kali, Vivie rasa macamni, esoknya..Vivie dapat berita. Berita kehilangan. Nauzubillah~ moga itu bukan petanda.Pernahkah Korang rasa macam ni? ni semua normal ke tak? masalah phsycology ke?:(



~~**~~
Just need someone to hug
maybe i miss my parents alot
sorry for emo-ing post
i'm so scared
blogging, satu-satu cara buat vivie luahkan rasa. Maaf!
~**~

Salam Ramadhan,


**Rindu Budak ni.
Alhamdulillah sudah hari ke 8  **masa tulis post ni la kita berpuasa. Alhamdulillah kita bertemu lagi ya Ramadhan! :D Jum2! Grab peluang ni..beribadah seperti kita akan mati esok hari~ Ramadhan ini, merupakan ramadhan ke 3 Vivie di bumi MMU. Suasana di sini,Alhamdulillah meriah...Terawih, beralunkan suara dari imam dari Tanah Arab...^_^..merdu Ya Allah!


2 hari sebelum Ramadhan
Vivie pulang ke Kelantan.Memandangkan Melaka cuti hari Isnin.Beli tiket bas dan pulang!!./happy. Vivie bertolak pada malam Khamis.Tiba di rumah pada pagi Jumaat. Kepulangan Vivie kali ni ditemani beloved housemate! Azu ^_^. Perjalanan malam itu terasa agak panjang..kenapa? excited nak smpai rumah...:p Dimulakan perjalanan dengan balun Mc'D.. Azu, Makan dengan penuh nikmat! Alhamdulillah, happy tengok anda makan cik Azu.


Sepanjang perjalanan, kami berceloteh sampai penat, then..tido jap...bila mata terbuka..kami sambung beceloteh lagi../nobigdeal. Pagi Jumaat, 5.00, Azu turun di Kuala Krai..Dlama keadaan mamai, lambai je lah! :d Jam 6.00 pagi Vivie turun di Selising..Ouh! my   beloved hometown! **abah..anakmu sudah sampai!! hehe..DRAMA!


Minggu pertama Ramadhan
Di rumah, Hanya Vivie yang pulang, huu! dapat kasih sayang terlebih! /wahaha. Dapat Asam pedas abah yeh!sepanjang 4 hari dirumah, kerja Vivie, tolong abah dan umi settlekan banyak benda. kemana mereka pergi.Vivie mesti diheret sekali...hehe kasih sayang terlebih~~/love Baju Raya pun dapat awal..:p


Hari pertama puasa, Excited bangun sahur../wuu..malam itu,Tiba masa untuk pulang ke Melaka...rasa macam nak nyorok dalam almari..xnak! /cold. Terpujuk bila umi buat bubur lambuk..^_^. Sayang Umii! /kiss
*heretkakiuntukpulangkeMelaka../lonely..


Melaka.
Selasa,Jam 6.00 pagi tiba di Melaka.Subuh di Melaka Sentral.Sakit-sakit belakang../dizzy. Abah kata, Sampai Melaka call kawan2 suruh datang ambil. Vivie tidak suka menyusahkan sebab, bas Tuah kan ada!/happy act like cool! Smpi di Dahlia, Jam 7.00 pagi.Backache! terjelepok kelantai selama 5 minit xdapat bangkit../floor Jadual Vivie hari tersebut sangatlah full.Dari jam 9 pagi hingga 10.30 malam.Ya Allah! Penat! Sangat penat. bak kata junior, Muka smemeh! Mood memang dah kelaut. Jam 10.30 malam, Usrah.Usai usrah terus pulang untuk rehat. ouh! my back! sakit!../no


Exam,exam, dan exam!
Hujung minggu pertama ramadhan ini..Akan Bertolak ke Fraser Hill.
sepanjang minggu ini juga~kelas malam dan exam.. /no...kalau xde exam berderet, bukan Student life namanya..^_^/study


Tup tap tup tap **oit! bunyi ape tuh? shh! jam kot..:D Jumaat, Vivie exam malamnya..seharian di kampus. Smpai malam untuk exam. Exam pun habes~~~ fuh! lega kejap./yess
Ouh! terlupa malam ni bertolak ke Fraser Hill!! /err.,,bergegas pulang bersiap! *eh, jap...Fraser Hill? buat apa? Program di bulan Ramadhan ni, Jalan-jalan cari ilmu...


**ni ler program tu

Alhamdulillah.. sekali lagi menjejakkan ke tanah tinggi ini...Banyak perubahan. Sepanjang perjalanan..Allah..Allah..Allah....Jalan yang berpusing2...menakutkan.Kata Ustaz Said, perjalanan untuk mencari ilmu banyak cabaran..TAWAKKAL! Allah ada bersama kita. Jalan 8 KM untuk ke puncak sangatlah sempit. Ada ketika bas kami terundur..Allah..Zikir~:) Panorama di atas Bukit, Subhanallah!  Cantik!

Sesampai di sana! lega.Permandangan dan suasana yang sejuk~/happy **macam kat oversea plak..:D

Permandangan dari Fraser Hill~

**Dari apartment 

**Pine resort

**9 pagi @fraser hill

**Bukit2 berdekatan

Subhanallah..Suasana sejuk,permandangan yang cantik...Dalam sebuah perjalanan mencari ilmu. Indah!! Rahmatilah pencarian kami ya Allah :) Kekalkanlah Ukhuwah kami! 

Banyak yang Vivie belajar dari Travelog Ramadahan kali ni..Pengalaman kali ini mengajar Vivie Banyak perkara tentang Hati. /love


~**~
word can't describe the experience
Dalam hati berkecamuk, Alhamdulillah dengan IzinY menjejakkan kaki di FH.
Permudahkan Ya Allah!
Aku Hambamu
~**~ 





Popular Posts

Followers