Shout Box!

Shout

Vivie Otto a.k.a Wedzz

Share any things about my lifestyle, sweet memory and my feelings. All just for my beloved friends. See my Profile


About Me

Just ordinary gurl without superpower and born in Kelantan. Just simple lifestyle and happy go lucky... trying to be good muslimah.. well, now studying at MMU malacca.. that's all.. hehe


Social Web

  • RSS
  • Facebook
  • HOME
About

Yahoo! Messenger with Vivie

Chat!

Vivie Otto

a.k.a Wedzz

AS salam~


Dear luvly lavvy (^_^).v sihat?? I.Allah..Vivie nak share cerita ngan sahabat-sahabat semua:) lavvy dapat cerita ni dari seorang sahabat lama...MASYAALLAH!! SUBHANALLAH!! tu jer yang terucap. Moga pe yang vivie nak cerita lepas ni jadi satu wadah untuk sahabat-sahabat amalkan...Vivie yakin, sahabat-sahabat semua dah hafal ayat Qursi kan?? I.Allah.. kalau belum hafal~ ni vivie sertakan~:) leh baca sama-sama..


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maksudnya:-)
"Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus
mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa
yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di
sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa−apa yang di hadapan
mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa−apa
dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah
meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara
keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar".
(QS : Al−Baqarah :255)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah...moga dapat di amal bersama ye..(^_^).v.Ok..cerita yang Vivie nak kongsi ni, harap di ambil iktibar sama ye:) cerita ni adalah kisah benar dari seorang sahabat...berlaku di Amerika Syarikat..jauh kan?? tapi I.Allah...akan dikongsikan bersama:) meh2 nak share~


Em, Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang baik..(^_^) Suatu malam wanita ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.


Disebabkan hari yang agak lewat,**tengah malam ler~ berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan wanita ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi wanita ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini ingin mengetahui sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

~~~***~~~
{Dia pun tanya perogol itu.. }
Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

{Perogol tu jawab: }
No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
~~~***~~~

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

em... MORAL CERITA NI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. SUHANALLAH~!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan Vivie... semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA…. (^_^)

**Allah berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu..

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….aminn..(^_^).v wallahu'alam.

~~**~~
~~*Alhamdulillah da siap sume tugasan, cuti ngan riang*~~
~~*uupps~! got quiz nex week..SQL! ok2...study*~~
~~*nak panjat pokok kat kebun orang tak bagi,makan yang da panjat*~~
~~*musim buah mode!!wee*~~
~~*lavender's love*~~
~~**~~


Hati ini

tiada ku fahami
tiada ku mengerti
kadangkala ia ingin bersendiri
kadangkala ia ingin ditemani

Hati ini

umpama sekeping kristal
yg jatuh pastikan berderai
dan pabila dicantumkan kembali
serpihan itu pasti kan kelihatan
liku-liku retak seribu

Hati ini

tak mudah untuk difahami
tak mudah untuk dimengerti
tiada dapat ku tafsirkan
apakah kehendak dan kemahuannya
hingga aku sendiri keliru
lantaran menurut kata hati

Hati ini

ada kala terasa sayu
mengenang nasib diri
dirundung sepi yg tiada bertepi

Hati ini
beku umpama ais
sepi seumpama mati
penuh dgn pelbagai gelojak rasa

Hati ini

luarananya keras sekali
namun di dalamnya
tiadalah sekeras zahirnya
andai ia terluka
bertahun ia merana
di ulit kecewa entah hingga bila~

~~**~~
~~**~~

~~~***~~~
~~*Susah untuk dapatkan apa yang kita mahu*~~
~~*Ingin kembali padaMu*~~
~~*mencari Diri*~~
~~*feeling down*~~
~~*who i am??*~~
~~*lavender's love*~~
~~*astaghfirullah*~~
~~~***~~~


Assalamualaikum w.b.t~

**amek ko rose...romantic skettt~~weee~~~

Gatal tajuk~~hehehe...boleh timbul kontroversi tu~ pelik plak tu~straight ke tak budak ni?? ouch~!! susah jadi glamour ni~ **xdew orang amek kisah pon~!!prasan~~!!! haih..ade jer yang jeles kan...shuhh2!! nak cari love mood love nih~~**muka gatal~ biarla...:p ehem2~ apsal jiwang sangat ni?? fall in love ker?? **blushing...hmm...ye la tu..kan? nak tunjuk bahagia sangat la ni..tulis kat blog ye?? ngan sape? bile lagi?? xcrita kat sesape pon eh?? **nak crita la ni...sabaaarrr~~ hik3..

Cerita dia bermula~macamni....tak tahu la bila mula...tapi yang pasti..da lame la...dah heboh da pon dikalangan sahabat-sahabat...**jeng3~!! kalo **kalau dah ramai tahu...wat pe nak tulis lagi?? sebok pulak~dah blog kiter...huh! Suka sangat kat die...comel n sweet jer....tapi..tu la...dari jauh je minat...nak dekat...haih~! imposible..hati tu penting kan?? **sejak bila pandai jiwang ni?? masalah sekarang...dia tu..Him Ke Her???? ah! xkisahlah! asalkan dia bukan yang lain~~ **bahaya nih~!! lalalala~~ xkira2! nak dia jugak! pergh cute gile die tuh~! kalau boleh..nak cium2 ase~!! **hah~!! gilo~!! adoi~ xleh a...asew sayang sangat dah kat die~ **parah budak ni...gitau abah~! gitau la.....nanti dapat restu gak...:p mesti! hik2...

ok...kalau **nama baru ok~ VIVIE cakap sape die...korang jangan jeles tau **blushing... bukan ape...sebab bagi VIVIE dia comey sangat lepas VIVIE la..**nak jugak~ oit!! tu fakta~ xnak lah bagitau nama die....tunjuk gambar eh?? ok..kat bawah ni~jeng3~!


**tak tau lah dia Him ke Her~love u~!!

**mengon!! hahah..biar la...cuteY~~ masak gulai karang! haih~ xleh2..xsampai ati...**asam pedas~wuu.. xleh jugak~!! err...macam sedap jer...argh~! xnak2...hmm...sayang gila kat die nih...selalu jer die teman sbelum tido...tapi..yang tu wane pink...okey la jugak..boley peluk tido..asal die:p..


**ni VIVIE best peluk~!! 4m my best friend (Rabi'atul 'Adawiyah seh Nilamuddin) on my 19th birthday

Suke merepek pagi2 ni...nak amik mood xnak tido pas subuh~**kantoi!! haha...tercakap pulak...**mengon~! da..xyah cakap...da tau~hahah...

Suka sangat kat dolphin ni..kalau boleh..sume benda nak ade dolphin~~hehe...baju kawen nanti pon kalau boleh nak yang dolphin~**costume dolphin nak?? hahah..baru mereng sket:p bayangkan~~ **hoh~! xsanggup nak bayang..heh~! costume dolphin wat kawen??? haa~~ jom berangan~ baju pengantin~~hik3~

**wuu~ nice..

**ni cantik...wane die lembut~ simple..xmenonjol sgt...yang penting aurat~!

** ni simple n nice..cuma bhgia dada tu x totop~haiyo! em,nmpak sweet n simple jer...ribon tu wat nmpak sweet(^_^).v

**burung merak ke ni?? err..rimas tgk..

**kembangY..VIVIE suka tgk...tapi nak pakai..em..tgklah...xske sgt kembang2 ni:p

**tiara~~ so sweet~!!

hehe..berangan jer...suke tgk ja...kalau my papa n mummy tgk ni **chewah~papa n mummy.. VIVIe
ase...4 wedding dress nanti...xmo sarat sangat:p simple n nice sudah...xnak ketat2 ..nak dress xmo gaun..
hehe....wane simple n lembut...biru turqouise ker~ wuuwuu...haip~! enough! berangan lagi....hehe...

okies~! dah habis berangan~ nak p 'fresh' kan diri lak :p heheh...sajew ja post merepek~ nak amek mood
happy~ baru bersemangat....bukan gatai nak kawen tau...hik3..suke2 tgk jer...wssalam~ thanks abiskan masa
baca post gatai ni..hik3.. wassalam~(^_^).v


~~*lavender's love 4 all*~~
~~*love dolphin*~~
~~*baru jer letak music n bunyi dolphin..enjoy it*~~
~~*Cinta Itu Anugerah Yang tidak Ternilai*~~
~~*Cintai Yang Maha Mencintai*~~
~~*Wallahu'alam*~~

Assalamualaikum my luvly lavvy~



Midterm dah selesai.Yang tinggal sekarang project yang masih x gerak2 lagi...I.Allah akan diusahakan sebelum tarikh submit...Sebelum midterm...masa dihabiskan kat kampus jer...kat rumah?? em..ntah la..kat kampus lagi best kot. Kalau study kat rumah..banyak main dr study..lappy la..tilam la..tv la...adat la tu kan..? :p bila kat kampus...xdew la dugaan camtu..hehe...kalau dulu..Lavender Gurl bersama seorang sahabat...sekarang kami dah tak sama...**xgaduh ok~! bawak haluan masing2...kitorang pilih jalan kitorang....mungkin lebih baik macam ni... kitorang still contact..tapi jarang "lepak". pentingkan pe yang lebih penting...(^_^).v

Istilah lepak...kalau boleh Lavender Gurl nak padam dalam kamus hidup kat mmu ni~ for me...nothing good when we're hangout without any purpose..rite? cukup lah sem 1-3.. banyak buruk dari baikY..tu yang Lavender Gurl nampak...bagi diri sendiri la...sebab tu yang pernah jadi kat diri ni..boleh nak "lepak" tapi biar kene cara la kan? tengok masa...jangan dekat2 exam baru nak nak "lepak"....x ada maknaY~! xde istilah release tension abes2 kalau sbelum exam...mengarut~! **padan muka aku~!! hik3..(=_=)!! Pas Exam~ banyak alasan~ lec ajar xpaham...bla...bla..blaa...**cukup-cukup lah~

**exam malam ni~leks luh~RELEASE tension~

Jangan salahkan orang lain kalau diri sendiri yang "mahu"...kita boleh kawal apa yang kita nak dan apa yang kita xnak...buat apa tuding cari kat orang lain?? Tu lah diri kita...xpernah terima kesalahan sendiri...akan ada juga orang lain yang akan dilibatkan untuk tutup kesalahan sendiri...bagi diri Lavender Gurl sendiri...suka tengok diri sendiri dulu...diri kita yang mulakan...dan akibatY...TERIMA je la...Marah diri sendiri...Benci diri sendiri....sebelum marah n benci orang lain~Tuding diri sendiri...sebelum nampak kesalahan orang lain...Ni cara Lavender Gurl ajar diri sendiri...motivate diri..I.Allah.

Bila kita salahkan orang lain~sama juga dengan orang yang kita salahkan tu....dia akan buat perkara sama...sape suka kalau dilibatkan dengan masalah orang lain kan? Macam tu lah seterusY...kata seseorang yang kusayang..hidup ni macam roda...pe yang jadi hari ni...akan berulang..tugas kita, cuba cari penyelesaian...learn from the past~ tu gunaY sejarah..kan3? :) belajar dari kesilapan diri...pengalaman mengajar kita erti hidup~ wuuwuu..penah dengar kat mana tah...slalu jugak dengar...tapi xambil pusing...hehe..sekarang baru amek pusing-pusing..hehe..**melalut la tu....

Now,make a move~! ** i like to move it move it~MOVE IT~!! hehe.....suke lagu tu...ase nak menari-nari ikut rentak jer...hehe..control2...:p sume orang kene berubah..cuma bila?macamane? tu diri kita je tau... lavender Gurl rasa...dah tiba masa lavender Gurl make a move~ Setiap Kemajuan Bermula Dari Perubahan lavender Gurl penah bebel kat post sbelum ni kan? kat *Wahai Hati* (^_^).v..tu lah sampai bila kita nak dok kat takuk lama jer kan?? **i like to move it move it~MOVE IT~!! hehe...(dah2 la nyanyi~bising~!) suke ati a.. sebok jer...huh~!

**i like to move it move it..MOVE IT~!!

Ok, now...sebelum lavender gurl melalut macam-macam..better stop now..hehe...banyak benda nak melalut ni...stop now~**ye lah~! ye lah~~! jeles la tu~!

prinsip yang lavender gurl pegang ~~>

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~********~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Cari kesalahan diri sendiri sebelum cari kesalahan orang lain"
"Kenal diri sendiri, Sebelum Kenal orang lain"
"it's taking a long time to become person we want to be~"
(^_^).v
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*********~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~**~~
~~*lavender's love*~~
~~*bebel tak hengat*~~
~~*bahasa santai...enjoy ya~!*~~
~~*nak tukar nama la..ada orang cakap panjang sangat*~~
(~~~**VIVIE**~~~)
~~*OK*~~
~~*bebel tuk diri sendiri n ingatan tuk sahabat2 jugak*~~
~~**~~


Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan daripada ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh daripada pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.
Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya?

Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu.
Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh daripada penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan agama sebagai pasport untuk membuat kebaikan daripada kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul.

Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif. Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.

Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngandah itulah sebenarnya kesilapan.
Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?

Penulis rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.
Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, e-mail dengan luahan perasaan cinta masing-masing.
Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.

Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.

Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu.
Kepada sahabat remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat ber-couple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah Taala. Rumahtangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai.

Jika Allah sudah diingkari, siapa lagi yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya.
Muhasabahlah sahabatku..untuk diri sendiri jugak

Kita bincang pasal manusia, naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.**moga dapat menundukkan nafsu.

Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.
Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan
.

____________________________________________________________________________________

Allah Taala berfirman yang bermaksud:
“Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”
al-Ankabut (29:69)
____________________________________________________________________________________

Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.
Perlakuan matlamat menghalalkan cara mengelabui mata.
Perintah itu wajib.
**Astaghfirullah..

Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas
pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.
Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.

__________________________________________________________________________________

Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya:

“Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam
hari dan untuk berkumpul dengan para ulama”.

__________________________________________________________________________________

Carilah kesibukkan di antara terlopong masa dengan pekerjaan, daripada sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala. ameen ya rabb...

**ampunkan kan hambamu yang hina ini yaAllah..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
dear friend,
Lelaki yang baik pasti untuk Wanita yang baik..:)
(annur:26)
Percaya Janji Ini...
Teruskan Mendambakan cinta-Nya

~***Love the highest feelings..***~
~***In our religion Islam,we do not devote one day of love..***~
~***Love is one of the important virtues upon which the life of a muslim..***~
~***the love of God Almighty***~
(^_^).v
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

~**~
~**Lavender's Love**~
~**Muhasabah Diri n Ingatan untuk sahabat sekalian**~
~**~


Popular Posts

Followers