Shout Box!

Shout

Vivie Otto a.k.a Wedzz

Share any things about my lifestyle, sweet memory and my feelings. All just for my beloved friends. See my Profile


About Me

Just ordinary gurl without superpower and born in Kelantan. Just simple lifestyle and happy go lucky... trying to be good muslimah.. well, now studying at MMU malacca.. that's all.. hehe


Social Web

  • RSS
  • Facebook
  • HOME
About

Yahoo! Messenger with Vivie

Chat!

Vivie Otto

a.k.a Wedzz

Salam...


mana Vivie? lama betul menghilang...Vivie kata die menulis bila ada cerita.. takkan xde cerita langsung nk dikongsi? **dah malas nak menulis la tu..


Biarlah si Vivie tu..


Kali ni biar SAYA yang bercerita.
cerita kali ni berkaitan dengan kehilangan..kesepian dalam satu kelompok. /wuu~


Dulu,
Saya sangat excited untuk bersama berjuang dengan 'sahabat' yang diantaranye terpilih untuk memikul tugas yang sama..Pada mulanya kesukaran yang saya hadapi.Saya cuba untuk melakukan sebaik mungkin. saya cuba untuk melakukan walaupun pada ketika itu, saya tidak tahu apa perlu saya lakukan.Saya buat seperti yang diarah.pendek kata, saya ikut apa yang diminta tanpa ditambah.Tidak seperti sahabat lain yang mempunyai pemikiran yang lebih kreatif dari saya.


Untuk tugas saya, saya tiada rakan seperjuangan seperti yang lain yang mempunyai rakan seperjuangan yang membolehkan mereka 'brainstorm' idea-idea mereka. Kata senior, saya kene fikir dengan lebih kreatif.Saya memang bukan pakar untuk berfikir diluar kotak. **dalam kotak pun belum tentu. Saya cuba mencari pencerahan dari senior. Namun tiada yang dapat membantu. yang ada cuma memaksa saya untuk mengeluarkan idea saya.Ya saya mengaku, kelemahan diri saya yang tidak tahu memaksa diri untuk berfikir. Tambahan ketika itu saya tidak jelas apa skop tugas saya yang sebenar. /shock


Dalam saya mencuba, saya tahu diri saya gagal untuk melakukan tugas dengan baik. Saya lihat 'sahabat' yang sudah jelas dengan apa yang mereka lakukan. Tapi saya? Saya merasakan diri ini sangat lah LOSER. Tertekan dengan keadaan itu, daily life saya pun ter'effect' sama. Saya semakin kelam kabut. Ketika itu, saya cuba mencari seseorang untuk bercerita. Tapi, lumrah manusia mungkin yang suka 'berkumpulan' alangkah seronok jika saya boleh bersama dalam 'kelompok' sahabat itu. Saya cuba untuk berada dalam kelompok-kelompok itu. Saya memerhati dari jauh. Ya Allah! indahnya ukhuwah mereka. Saya tersenyum.Mungkin saya boleh bersama mereka. Pada mulanya saya cuba biasakan diri. Alhamdulillah mereka menerima..:) Tapi semakin lama, saya rasa diri saya terpinggir. Saya tidak tahu apa yang mereka ceritakan. Yang saya tahu, mereka lagi hebat dari saya. mereka tertawa saya tersenyum.Tapi saya masih tidak dapat menyesuaikan diri. Saya tidak dapat menjadi diri saya. Mungkin ketika itu saya mengaharap sesuatu yang lebih.Bila saya tidak mendapatkan suasana yang saya harapkan.PERHAPS.


Saya rasa diri saya keseorangan. Namun ada 2 orang sahabat yang saya boleh berkongsi.Saya bercerita dengan mereka.Alhamdulillah. Saya merasai kegembiraan itu bersama mereka.. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya saya pernah rasa suasana yang saya rindu sekian lama. Saya rindu sahabat-sahabat saya.  namun Disini, susah untuk dapatkannya. Saya tidak tahu apa masalah saya.Tapi, yang saya tahu, setiap orang yang saya cuba dekati atau berkawan..pasti ada 'sesuatu'. Maksudnya, ada yang dengki atau benci mungkin?? entah. Saya ambil keputusan,, it's better being alone..saya sesuaikan diri dengan keadaan itu.. Saya ada seorang sahabat. Tapi kami terpisah. Dia membawa haluan sendiri. Persahabatan kami tidak putus, cuma sedikit berjauhan. SUNYI.. /sobsob


Bermula dari situ, setelah saya terpisah dengan sahabat yang saya sayangi, saya bersendiri. Benar, saya saya sangat sunyi. Saya berkawan dengan sesiapa disekeliling. namun, mereka datang dan pergi..:) 


Saya, aktifkan diri untuk mengisi rasa kosong dan sunyi..Tapi akhirnya, sama. 


Tapi saya tahu, sahabat saya itu gembira dihaluan yang dipilih...Saya ikuti perkembangannya. Saya cemburu dengannya. Dia mempunyai sahabat, rakan,teman..tapi saya? :) Saya gembira untuknya..Dia marahkan saya. saya tidak menghubunginya.Mungkin dia fikirkan saya lupakannya. Tidak sahabat. Saya cuma, cemburu. Saya gembira lihat kamu gembira....


Saya tetap ada. cuma INVISIBLE. no one will see me.:) /happy


All i know, i'm not alone as long HE always with. Nothing happen without a reason.


**coretan ini adalah kisah tentang SAYA. hanya SAYA.tiada kaitan dengan VIVIE kenit tu eh~ 

Salam, Dear  Lavvy,


21 tahun lepas, 2.40 petang.


Pada masa ini, Vivie jengah ke dunia.Alhamdulillah diberi peluang hidup selama ini. Nikmat yang banyak dan tidak ternilai. Dibesarkan Oleh Kedua ibu Bapa sangat Penyayang.


Umi,
Terima Kasih.
Terima kasih beri didikan,
Berikan makanan.
layanan first class. Terima Kasih untuk sepanjang 21 tahun hidup.


Maaf,
Kerana degil.
Selalu kecewakan umi dan abah.
Selalu meminta-minta.
mahu sentiasa Dilayan.
Maaf  xdapat bagi apa yang abah umi harapkan.


Harapan,
Vivie bukanlah seperti adik beradik yang lain.
Tidak sebijak mereka.


Abah,
Abah yang terbaik.
Abah banyak bersabar dengan Vivie.
Juga layan kerenah Vivie.
Penuhi kehendak walaupun tidak munasabah kadang-kadang.
Terima Kasih.


Vivie tidak pandai berkata-kata.
Tidak tahu tunjukkan how much i love them.
Terima kasih.


Halalkan makan minum, pakai sepanjang 21 tahun ini.^_^
Terima Kasih.


psst!! abah dah 21..boleh kawin dah~(^_^).v heheh.. boleh mengundi dah!


*120112*
Tidak mahu jadi anak kecil yang berguling-guling menangis bila birthday tidak diingati.Cukup dengan ingatan dari Insan tersayang..Terima kasih..**macam touching.haha..


Belajar untuk matang! 
But i love to have nice dream..it's okay rite?


i love u all!thanks!
ingatan bukan sekadar hanya dengan tarikh yg tertulis di FB.


salam 21.^_^.it's just a number...

~~**~~
Make yourself a better person and know who you are before you try and know someone else and expect them to know you” (^_^).v
~~**~~

Salam Dear Lavvy!


hihi.../huhu Gatai tetiba. apsal?? /haaah


Hai~


kebelakangan ni, Kakak2 ipar Vivie post pasal baby...:p Tiba-tiba Vivie yang excited lebih. **mereka lagi excited. XD Terutama Pn Semut. kan3? hihi...Doa yang terbaik untuk kalian.

Untuk Pn. Zini & Pn. Hany, MOga dipermudah.InsyaAllah.

Abah n Ummi to be makin nervous rasanya. Macamana la sicomel berdua nanti ek? ikut muka CikDa lah~! XD
**ngade.

hehe, first word baby2 tu nanti  nak bagi panggil Cikda dulu..:p Macam Nufayl, Nuha n Fudhayl...wahahaha /wahaha xkira..:p

Peace Sis!! 


Salam.


Dear lavvy, lama sungguh tak cerita ceriti kat sini.Kekok nak menaip. Tak tahu nak type macam mana.

Banyak cerita terlintas,terjadi.tapi kekangan masa.

Cuma kali ni, rasanya Vivie nak persoalkan tentang Dia. **drama Tentang Dhia best kan? XD

Dia sensitive.

Dia cepat melenting kadang-kala.

Dia selalu ikutkan kemahuan.**pastu nyusahkan diri sendiri.

Dia belagak kuat.**tapi cengeng.

Dia sukakan perhatian kadang kala. (perhatian dari teman sekeliling)

Dia, jika marah hanya fikirkan dirinya.**memanglah.

Dia, manja dengan keluarga.

Dia, Suka bergantung.

Dia, bila terasa senang lupakan.(sometimes)**susah la~

Dia, bila sedih suka bersendiri.

Dia, Pendam adalah kunci utama.**sakit sendiri.

Dia, rindukan kegembiraan dan suasana bersama keluarga.

Dia...rindukan suasana bersahabat.

Dia, Sunyi tanpa sahabat.

Dia, Ingin kan teman yg boleh memahami diri..RINDU.

Dia, takut untuk jalinkan persahabatan.Takut terluka lagi..**something happen before? yes.



Dia, = sekeping HATI Vivie.

Sorry, for emo post. melampau kan? cuba untuk fikir hati sendiri..

Assalamualaikum.






Setelah meneliti keputusan, memikirkan pro n cons setiap sesuatu. Rasanya. Diri Vivie cukup bersedia untuk hadapi apa yang bakal jadi,akan terjadi dan sedang terjadi. Betul kata orang, setiap sesuatu memerlukan pengorbanan. YESS!! absolutely true. Sekuat mana pun kita, kadangkala kita juga bisa tewas.Tewas dengan dugaan. Tewas dengan diri sendiri.

Pada Vivie, Kekuatan Vivie terletak ketika Vivie ingin lakukan sesuatu. Dan Vivie adalah seorang yang memerlukan supporter.Mungkinkan 'supporter' itu ada pada setiap masa? sentiasa memberi perangsang? Untuk sesetengah keadaan, ya! Tapi tidak selalu.**terlalu bergantung. Usah begitu. Ia memakan diri. Benar? **Ya. Harus seketika, cuba untuk  bergerak sendiri tanpa ada 'supporter'.Untuk pertama kali mungkin berjaya. kemudian? **jangan mengeluh.

Jika dulu,setiap yang Vivie lakukan ada yang memberi kata semangat..

Kini, cuba untuk bersendiri.

Jika dulu, Vivie ada bahu untuk meluahkan rasa..
Kini, Belajar Untuk kuat./sad

Jika dulu, Vivie ada teman untuk bergelak tawa..
Kini, merindui saat itu../please

Jika dulu, Vivie gembira bagai tiada masalah..

Kini, hanya mampu tersenyum.healing.:)

when i say i need u friend.. i really mean it and i'm not lying.missing.



Belajar bersendiri..

Maaf untuk terlalu lemah.Pulihkan keadaan.Try to adapt.


~~**~~
~*Even it's hurt, pretend like nothing happen*~
~*sorry for emo post*~
~*missing*~



Popular Posts

Followers